Kategori: Bersalin Secara Ceaserean
Tarikh Lahir: 13 Ogos 2010
Menghasilkan Blog???
Pada mulanya.. saya berfikir panjang untuk menulis dan menghasilkan sebuah blog kerana saya merupakan salah seorang insan yang tergolong agak ketinggalan dalam bidang IT, apatah lagi untuk menghasilkan sebuah blog.. Al-maklumlah saya bukan seorang yang gemar menulis, membaca apatah lagi untuk menghasilkan sebuah penceritaan yang berkisar tentang kehidupan saya.
Tetapi peraduan ini agak berbeza dan amat menarik minat saya untuk berkongsi pengalaman saya kepada rakan-rakan seperjuangan agar kelompok ini diperbesarkan dan mudah-mudahan susu ibu penjadi pilihan utama bagi setiap ibu di Malaysia. Pada mulanya saya agak terkial-kial untuk memulakan penghasilan blog tapi alhamdullilah dengan bantuan rakan saya Mrs Shedy dan Suami akhirnya terhasil juga tulisan dan blog ini.
Ya memang besar tanggungjawab dan komitmen yang diperlukan bagi seorang yang berkerjaya ditambah pula kekurangan dan cetek pengetahuan tentang SUSU IBU tetapi berkat kesabaran dan sokongan yang kuat dari suami dan rakan-rakan alhamdullilah saya berjaya menyusukan anak saya sepenuhnya setakat ini pada usia dia yang menghampiri satu tahun pada 13 ogos 2011.
Terus terang saya katakan walaupun perjuangan saya masih jauh dan pada ketika ini semangat saya semakin pudar berikutan penghasilan susu yang kurang menggalakkan dan memberangsangkan tapi saya perlu berusaha dan harus sentiasa bersikap positif. Apa yang saya pegang hanyala kekuatan minda dan keazaman yang tinggi untuk terus memberikan susu yang terbaik kepada anak saya. Saya juga tertarik dengan beberapa hadith yang ingin saya kongsi sebelum saya berkongsi cerita saya..
"Ibu yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu
badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya."
"Jika wanita (ibu) menyusui anaknya sampai cukup tempoh(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya."
Bermulanya saya menjadi MAMA?
Alhamdullilah dengan izin Allah, akhirnya kami diberi rezeki selepas usia perkahwinan mencecah 5 bulan. Betullah apa yang orang kata insyallah jika ada rezeki tuhan hendak beri, maka akan adalah rezeki itu, cuma persoalannya lambat atau cepat rezeki itu datang bergantung bagaimana tuhan menguji kesabaran hambanya. Mungkin setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya.
Pelbagai dugaan telah muncul ketika anak dalam kandungan , akhirnya pada usia kandungan dalam 36 minggu bersamaan 3 Ramadhan doktor terpaksa mengeluarkan sicomel ini secara ceaserean berikutan kerisuan doktor mengenai kandungan air ketuban yang semakin kering tanpa sebab yang diketahui ditambah pulak keadaan bayi yang songsang ketika itu.
Akibat usia kandungan yang belum matang doktor menasihatkan untuk mengambil suntikan untuk mematangkan paru-paru bayi sehari sebelumnya. Pergerakan jantung bayi juga dipantau untuk memastikan keadaan bayi sihat.
Lahirnya bayiku kedunia
Setelah pemeriksaan lanjut dijalankan, akhirnya tanpa ditunggu doktor menjadualkan untuk mengeluarkan bayi secepat mungkin iaitu pada pukul 9.00pagi bersamaaan hari jumaat 3 Ramadhan.
Alhamdullilah saat-saat yang ditunggu telah tiba , dengan keadaan yang sedar ketika itu saya mendengar suara tangisan si comel ku telah selamat dikeluarkan seberat 2.65kg.

Asyraaf asyik melelapkan matanya
Setelah prosedur dijalankan dengan selamat , akhirnya pada pukul 2.00 petang bermulalah perjuangan saya sebagai seorang ibu. Saya dengan perasaan teruja cuba untuk memberi susu kepada bayiku tapi apa yang menyedihkan dia masih melelapkan matanya dan enggan untuk membuka mulut. Dengan kata lain, bayiku menolak untuk menyusu walaupun dipaksa dengan bantuan jururawat yang bertugas. Dengan keadaan saya yang masih lemah dan terbaring, saya hanya mampu menyuruh suami untuk mengejutkan bayi dan berkerjasama dengan saya untuk memberikan susu.
Asyraaf di NICU
Keazaman untuk saya menyusukan anak semakin pudar apabila Asyraaf masih menolak untuk menyusu pada pukul 5.00 petang. Pelbagai posisi telah diambil untuk membolehkan Asyraaf menyusu tapi malangnya dia
masih melelapkan mata dan enggan membuka mulutnya. Akhirnya pada pukul 6.00 petang jururawat bertugas terpaksa mengambil Asyraaf dan meminta kebenaran dari kami untuk diberi susu yang dibekalkan hospital melalui picagari akibat paras glokusanya yang rendah. Saya tidak mempunyai pilihan ketika itu dan hanya merelakan walaupun dalam keadaan terpaksa bagi memastikan keadaan Asyraaf sihat walafiat. Walaubagaimanapun, jururawat bertugas menasihatkan saya untuk tidak berputus asa dan kami mengambil alternatif lain untuk cuba
stimulate susu melalui
pumping.
9.00 malam, dengan keadaan saya yang masih penat dan belum sempat merehatkan badan selepas
ceaserean, saya masih mampu untuk berkerja keras dengan bantuan suami, kakak dan Jururawat untuk memulakan sesi
pumping. Akhirnya pada pukul 10.00 malam, walaupun sedikit dan hanya setitik ke dua titik saya mampu mengeluarkan cecair kekuningan yang dinamakan
kolostrum. Sepantas kilat Jururawat mengambil cecair tersebut dan memberikannya kepada bayiku melalui picagari.
11.00 malam doktor mendapati kandungan glukosa dalam badan Asyraaf dibawah paras bahaya dan doktor mengambil keputusan untuk masukkan Asyraaf ke dalam NICU.
Hanya tuhan saja yang mampu memahami perasaan kami ketika itu, Ibu dengan bayi terpaksa berpisah seketika dan saya dan suami hanya dibenarkan melawat bayi pada masa yang ditentukan.
Sejurus selepas itu, dengan bantuan semangat yang kuat dari suami dan jururawat saya menyambung semula perjuangan untuk mengepam susu dan memberikan stok kepada Asyraaf yang berada di NICU. Malangnya dengan keadaan yang tertekan ketika itu dan keadaan saya yang masih belum boleh bangun, saya masih gagal untuk mengeluarkan susu tapi yang keluar hanya setitik ke dua titik.
Keesokannya, berikutan kurang rehat ditambah pula bengkak susu akhirnya saya demam dan perkara ini menyukarkan saya untuk membuat sesi
pumping. Namun atas nasihat doktor dan jururawat bertugas dan sokongan/bantuan dari suami, akhirnya kami berjaya dalam sesi
pumping. Pelbagai usaha telah diambil oleh suami termasuk belajar menuam dan mengurut, dan alhamdullilah walaupun masih terbaring dikatil saya berjaya mengumpul 1 oz untuk diberikan kepada bayi saya di NICU. Sesi pumping diteruskan setiap 1 jam dengan bantuan suami dan Jururawat.
Hari kedua Asyraaf di NICU dan ketika itu semua alatan dibadan saya sudah dicabut, dengan bantuan kerusi roda akhirnya saya dapat menjenguk Asyraaf di NICU dan alhamdullilah Asyraaf sudah menunjukkan reaksi positif untuk menyusu secara
direct. Kegembiraan jelas kelihatan dimuka suami saya dan hanya tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hati saya ketika itu.
Cabaran untuk mengumpul stok
Terus terang saya katakan, saya merupakan salah seorang yang gagal dalam mengumpul stok ketika pantang mungkin disebabkan ceteknya pengetahuan berkaitan pengumpulan stok sebelum mula bekerja. Kalaulah masa itu boleh diputar kembali, mungkin stok saya masih banyak ataupun sama dengan rakan seperjuangan lain yang sampai satu tahap membeli
deep frazer untuk menyimpan stok EBM. Tapi saya masih tidak berputus asa untuk meneruskan perjuangan walaupun saya perlu mengorbankan sedikit masa tidur untuk sikecilku.
Masalah kecetekan pengetahuan saya berkaitan stok bertambah apabila kesukaran untuk saya mengumpul stok ketika berpantang dimana saya terpaksa berpindah rendah sekejap dirumah mak mertua (KL) dan seminggu lagi berpantang dirumah kakak (SUNGAI BUAYA-RAWANG). Ceritanya bermula apabila saya melahirkan anak sebulan awal daripada tarikh jangkaan dan ketika itu ibu bapa (Sabah) saya merancang datang ke sini untuk menjaga kakak terlebih dahulu, tetapi malangnya rancangan menjadi tidak teratur dan saya terpaksa bertukar-tukar rumah demi menjaga hati masing-masing. Akhirnya saya dan suami mengambil keputusan sejurus 44 hari kami duduk dirumah sendiri untuk membolehkan saya mengumpul stok EBM.
Stok yang dikumpul tidaklah sebanyak mana walaupun saya berusaha untuk bangun membuat
pumping setiap kali bayiku menyusu sebelah tidak kira samaada saya kena bangun waktu awal pagi. Akhirnya stok yang dikumpul habis ketika Asyraaf berusia 7-8 bulan. Hari ini saya hanya bergantung kepada pump hari ini untuk bekalan keesokkan harinya. Alhamdullilah saya masih mampu bertahan hingga ke hari ini.
5 BULAN - Asyraaf diserang Phneumonia dan menolak susu ibu
Saya diuji lagi apabila Asyraaf dimasukkan kedalam ward akibat kesukaran bernafas/jangkitan kuman dalam paru-paru atau dalam scientifiknya
Phneumonia.
Akibat kesukaran bernafas dan hidung yang tersumbat sekali lagi Asyraaf menolak untuk menyusu secara
direct. Doktor juga terpaksa memasukkan air kedalam badannya apabila sikecilku semalaman menolak untuk menyusu dan badannya kelihatan lesu dan tidak bermaya.
Apa yang menyedihkan, susu yang sudah dicairkan dan sepatutnya untuk bekalan Asyraaf kepada pengasuh terpaksa dibuang sebanyak 20oz apabila Asyraaf dimasukkan kedalam ward dan saya pada ketika agak kelam kabut berada dihospital sehingga lupa tentang susu tersebut dan suami hanya balik ke rumah pada keesokkan harinya.
Hari ke-dua di hospital Asyraaf masih menolak untuk menyusu secara
direct dan akhirnya saya meminta doktor untuk menghentikan seketika
drip untuk membolehkan saya memberi susu secara
direct kepada sikecilku. Malangnya, Asyraaf masih menolak
dan saya mengambil alternatif lain untuk memberi susuku melalui picagari namun sikecilku masih lagi enggan untuk menyusu. Oleh itu, saya perlu melakukan
Pumping secara konsisten agar
stimulation of milk tidak terhenti tapi agak sukar berikutan Asyraaf asyik merengek sepanjang masa.
Akibatnya sekembalinya saya mula bertugas seminggu lepas itu, susu mula merundum. Biasanya saya mampu untuk mengumpul 17 oz sehari tetapi yang mampu dikumpul hanya dalam 9oz. Cuba bayangkan saya membekalkan 20oz sehari kepada pengasuh dan pada ketika ini saya hanya mampu mengumpul 9oz sehari. Mujurla masih ada sedikit stok EBM untuk
cover susu yang tidak cukup pada keesokannya
. Tapi lama-kelamaan stok EBM semakin berkurangan menjadi 2 botol sahaja dan saya mula membuat bacaan melalui Internet mengenai Susu Ibu. Dari sanalah saya mula tahu mengenai apa itu
Power Pumping dan saya mula mempraktikan
Power Pumping setiap pagi diantara 5.00-6.00 pagi selama 2 minggu berturut-turut. Alhamdullilah dengan izin Allah susu kembali
normal macam sebelumnya.
Keliru Puting
Masalah saya berterusan , apabila selepas itu, Asyraaf menolak untuk menyusu melalui botol. Pengasuh terpaksa memberi susu melalui sudu ataupun memicit puting tiruan tersebut untuk diberikan kepada Asyraaf. Saya juga terpaksa balik pada waktu tengahari untuk memberi susu secara
direct kepada Asyraaf.
Akhirnya selepas dua minggu, setelah banyak botol dan puting dibeli , anakku mula menunjukkan reaksi yang positif untuk menghisap susu melalui botol. Alhamdullilah akhirnya saya dapat juga membeli dan menemui puting yang sesuai untuk sikecilku.
Terima kasih daun keladi
Pelbagai dugaan yang saya ditempuhi tapi saya masih tabah dan kuat untuk terus memberi yang terbaik kepada si kecilku. Walaupun stok yang ada sekarang telah habis sepenuhnya , tapi saya tetap yakin yang saya masih boleh meneruskan perjuangan ini.
Jutaan terima kasih kepada suami tercinta yang banyak membantu samaada dari segi emosi dan semangat, keluarga dan juga rakan-rakan yang banyak berkongsi ilmu berkaitan susu ibu. Tidak lupa juga kepada Jururawat yang bertugas di ward 5A hospital Putrajaya yang banyak membantu berkaitan kebaikan susu ibu dan Hospital KPJ Kajang yang memberi kenangan kepada si kecilku.
Tidak susah sebenarnya untuk kita memberi susu yang terbaik kepada anak yang dikurniakan kepada kita.. cuma tepuk dada tanya selera... banyak info yang boleh kita perolehi dan banyak
group yang boleh kita dekati untuk bantuan...
masih pumping secara consisten sambil berkerja walaupun hasil kurang memuaskan
adioos..