Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”
Kelebihan:
1. Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini. (Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
2. Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)
3. Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Peristiwa 10 Muharram:
1) Nabi Musa dan Pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah dari musuh mereka.
2) Pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W dibumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah.
3) Dicipta Adam
4) Dilahirkan Nabi Isa
5) Allah menerima taubat Nabi Adam
6) Nabi Idris di bawa ke Langit
7) Berlabuhnya perahu Nabi Nuh
8) Nabi Ibrahim dilahirkan dan diangkat sebagai Khalilullah (Kekasih ALLAH)
9) Allah meneri taubat Nabi Daud
10) Allah mengangkat Nabi Isa ke Langit
11) Allah menyelamat Nabi Musa daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadI ular besar
12) Allah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesuma harta Qarun
13) Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut Ikan
14) Allah mengembalikan Kerajaan Nabi Sulaiman
No comments:
Post a Comment