Welcome to My Page

Anniversary


Adam Birthday


Friday, 15 July 2011

Pemilihan BreastPump

BreastPump yang sesuai?.

Perkara utama yang selalu difikirkan bila kita berkira-kira untuk memilih pump mana yang lebih bagus dan sebagainya..
Ingin saya tekankan disini sebenarnya semua pump adalah sama dan tidak sama sekali membantu untuk meningkatkan penghasilan susu.. Cuma yang berbeza dari segi harga, kelajuan, bunyi atau mungkin ketahanan..

Ianya bergantung kepada budget masing-masing. Tidak perlu untuk mengikut kemampuan orang lain yang mungkin dapat membeli pump yang lebih mahal. Bak kata orang pakai baju biar ukur badan sendiri.

Bila saya mengupas isu ini, saya teringat seseorang yang saya kira sangat peramah dan saya hanya mengenali bila mana saya pumping bersamanya. Perkenalan dengannya sangat singkat dan saya menemuinya apabila kami sama-sama pumping di Airport Penang. Saya sangat kagum dengan beliau yang menggunakan tangan atau dengan istilah lain "Marmet" untuk sesi Pumping. Kepantasannya sama seperti saya yang menggunakkan Breastpump (Breastpump yang agak laju jugak dimana purata untuk saya pumping hanya mengambil masa 2-5minit atau < 10minit). Rasa tabik muncul apabila beliau berjaya mengumpul penuh secawan plastik jenama starbuck (saiz yang saya kira agak besar). Cuba bayangkan tempoh masa yang digunakan lebih kurang sama macam masa yang saya gunakan tapi beliau berjaya mengumpul jumlah yang agak banyak dengan menggunakkan keadah/teknik marmet. Apa yang saya kagumi lagi, katanya ini adalah pengalaman pertama beliau menimang cahaya mata. Maka, saya rasa beliau sebelum ini tidak ada apa-apa pengalaman menggunakan teknik Marmet tapi cara beliau mengendalikan macam orang yang sudah mempunyai beberapa anak sebelum ini.

Jadi pengajarannya, tidak kisah jenama apa yang kita pilih kerana ianya sama sekali tidak membantu dalam penghasilan susu.

Cuma apa yang perlu difikirkan, bagi orang yang berkerjaya dalam pemilihan breastpump :
  1. Kalau anda seorang yang busy , ataupun agak sukar mencuri  masa membuat sesi pumping- mungkin anda pelu memilih breastpump yang mempunyai kelajuan yang agak tinggi ataupun anda boleh memilih breastpump jenis freestyle dimana anda boleh membuat kerja sambil pumping atau anda boleh memilih double pumping untuk menjimatkan masa.
  2. Kalau anda ingin silent pumping, mungkin anda boleh memilih pump yang lebih silent bunyinya
  3. Kalau anda kekurangan budget, mungkin anda boleh memilih single pump.
  4. Kalau anda ketiadaan budget atau mempunyai masalah kewangan, anda boleh mempelajari keadah marmet kerana ianya mudah dan pantas kalau sekiranya anda tahu macamana untuk mengendalikannya.
Saya  rasa tidak ada halangan untuk ibu berkerjaya untuk memberikan susu sepenuhnya. Cuma kita perlu pandai untuk mencari masa dan cuba untuk meluangkan sedikit masa untuk membolehkan kita melakukan sesi pumping dan seterusnya membolehkan stimulation berlaku dan menggalakkan penghasilan susu...

No comments:

Post a Comment